PENDAFTARAN WARKAH 2.0 (WEBINAR KEFAHAMAN AQIDAH) -PENGHAYATAN AL ASMA'UL HUSNA DALAM KEHIDUPAN
Al Asma'ul Husna adalah nama-nama Allah yang indah dan baik, yang mana seseorang beriman dianjurkan untuk berdoa kepada Allah SWT dengan nama-nama tersebut. Nama-nama tersebut mengandungi makna-makna yang indah dan sempurna, untuk dihayati oleh orang beriman, bagi menjalani kehidupan secara lebih sempurna, dengan adab kehambaan kepada-Nya.
Antara kelebihan menghafal nama-nama Allah SWT yang Maha Sempurna dan menghayatinya dalam kehidupan, adalah dengan mendapat ganjaran syurga.
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan [ 99 ] Nama, siapa yang menghafal nya masuk syurga. ” [HR. Ibnu Majah].
Faham makna-makna bagi nama-nama Allah yang Maha Sempurna lagi Maha Indah tersebut sangat memberi manfaat dalam berakhlak dengan akhlak-akhlak mulia, menambah kenal tentang Allah SWT, meningkatkan kualiti interaksi dan kehambaan kita kepada Allah SWT.
Justeru, kami menganjurkan WARKAH - Webinar Kefahaman Aqidah 2.0 berkenaan Penghayatan Al Asma'ul Husna dalam Kahidupan Seorang Muslim. Antara topik yang disampaikan adalah:
- Kefahaman Asas terhadap Nama-nama Allah SWT yang Maha Sempurna
- Sifat-sifat Ketuhanan: Antara Penetapan Kesempurnaan dan Penafian Kekurangan
- Nama-nama Allah SWT dari Sudut Keindahan dan Keagungan
- Penghayatan terhadap Sebahagian Nama-nama Allah SWT.
Dan sebagainya...
JOM DAFTAR SEKARANG!!! hanya perlu isi maklumat anda di bawah...
Tarikh : 13 Sept 2021 - 28 Sept 2021
Masa : 9.00AM - 10.30AM
Platform : Zoom Cloud Meeting & FB Private Group (Rakaman)
Yuran Komitmen
Hanya RM10.00 / Hari
RM100 (10 Hari)
PERCUMA – Modul Rujukan (PDF)
Semoga dengan menyertai program ini, akan membuatkan kita semua untuk lebih mengenali Allah S.W.T
Untuk pendaftaran, sila lengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan dibawah :
atau untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi / Whatsapp di no talian di bawah:
+601157771800 | W M Hariz Ismail
atau klik link di bawah :
BARAKALLAHU FIIKUM